05 January 2010

SEKITAR SESI PERSEKOLAHAN 2010

selamat pagi cikgu!!! Begitulah laungan anak murid dari sekolah ini yang mula menjejakkan kaki bersekolah di Sk Kuala Tahan untuk Sesi 2010 ini. Pelbagai ragam dan senario mewarnai hari pertama memeriahkan suasana dan persekitaran sekolah. Tidak kurang juga yang ada yang menangis kerana masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolah.

Tinjauan kami di Sk Kuala Tahan mendapati kemasukan ke darjah satu dan prasekolah berjalan lancar kerana sekolah telah membuat persiapan awal. Seramai 324 orang murid telah mendaftar pada sesi persekolah tahun 2010 ini.

Apa pun selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid di malaysia khasnya sekolah di bawah Pkg Tahan. Semoga dengan langkah pertama di tahun 2010 ini adalah langkah yang akan membawa kejayaan kepada murid-murid sekelian. Belajar dan teruslah belajar! lihat seterusnya untuk melihat gelagat sesi pertama persekolah 2010.

Sesi Orientasi Murid Prasekolah

Cikgu Yati Memujuk Murid Yang Menangis

Ibu Suriati Berusaha Menenangkan Seorang Murid


Menghadiri Perhimpunan Pagi

Pengawas Sekolah Mengawasi Barisan

Guru-guru Sk Kuala Tahan

No comments:

Post a Comment

;