06 January 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SK KUALA TAHAN

Kelab Guru & Staf Sk Kuala Tahan telah mengadakan majlis keraian perpisahan dan penghargaan pada hari ini untuk meraikan mantan guru besar iaitu En. Kamarudin Bin Arifin yang akan bertukar ke PPD cameron Highland.

Tarikh : 06 Januari 2010

Masa : 1.30pm

Tempat : Rainforest Resort, Taman Negara

Majlis dimulakan dengan jamuan makan dan bacaan doa telah diketuai olah ustaz Nasaruddin Bin Ismail. Setelah selesai jamuan makan, pengerusi majlis menjemput pengerusi Kelab Guru & Staf Sk Kuala Tahan untuk memberikan ucapan.

Majlis diteruskan dengan ucapan En. Kamarudin Bin Arifin. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kerana mengadakan jamuan serta melahirkan rasa terima kasih kepada semua guru dan staf kerana telah memberikan kerjasam yang sungguh baik sepanjang dia menjadi Guru besar di Sk kuala Tahan.

Seterusnya, En. Zulzaman mewakili Kelab Guru & Staf serta En. Azman mewakili PKG Tahan menyampaikan cenderahati kepada En.Kamarudin sebagai tanda ingatan dan tanda terima kasih di atas sumbangan beliau kepada Sk Kuala Tahan.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Guru-Guru dan staf Sk Kuala Tahan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah rentetan kehidupan yang akan kita lalui. Namun begitu perjuangan hidup harus diteruskan. Walau jauh dari pandangan mata, akan tetapi jasa dan bakti yang telah dicurah akan terus dikenang.





4 comments:

  1. bravo bang...meh join blog aku ni ha.

    http://onezaba.blogspot.com/

    ko bubuh la shoutbox kat tepi tu. boleh sembang-sembang

    ReplyDelete
  2. moh xchange link http://SumberTahan.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Kepada En. Azman, PKG Kuala Tahan telah berjaya mengadakan majlis perpisahan untuk GB En, Kamarudin. Syabas dan tahniah! Mohd Zaini bin Md Din.

    ReplyDelete
  4. Dek Pejo...akak nak gambar masa hari pelancaran Nilam, Hari Bahasa dan Perayaan Mauludur Rasul boleh tak?

    ReplyDelete

;