28 July 2009

KEMUDAHAN DI PKG TAHAN

Antara kemudahan yang disediakan adalah :


Laser Jet Printer Cd P&P


Wayerles Faksimili

Perkakasan Rangkaian Kamera & Video


Alatan Siaraya Komputer & Internet

Grafik, Komputer, Rakam , Salin,
LCD, Projektor, Audio, Video, Kamera,
Digital, Faxmili, Fotografi, Siaraya dan Internet

PERKHIDMATAN DI PKG TAHAN

  • Mengadakan kursus setempat dan bengkel mengikut keperluan guru setempat.
  • Khidmat Bantu dan nasihat berkenaan Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain aspek yang melibatkan teknologi dalam pendidikan.
  • Khidmat Percetakan.
  • Khidmat pinjaman atau pemasangan alatan siaraya dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan pendidikan bagi sekolah-sekolah ahli atau dalam program-program peringkat zon, daerah dan negeri.
  • Khidmat pinjaman buku atau lain-lain bahan rujukan kepada guru-guru.
  • Khidmat rakaman atau penggambaran peristiwa-peristiwa yang melibatkan pendidikan.

SEJARAH PKG TAHAN

PKG Tahan dibuka dengan rasminya pada 01 September 1996. Ahli PKG Tahan pada masa itu hanyalah 6 buah sekolah rendah sahaja (kelompok 6). Majlis perasmian PKG Tahan telah disempurnakan oleh KPPM Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Noordin pada 20 September 1996.
Walaupun PKG Tahan agak terpencil dari dunia luar namun masih boleh memberikan perkhidmatan kepada sekolah-sekolah ahli kelompok Tahan. Kemudahan yang terdapat di PKG Tahan sedikit sebanyak dapat membantu sekolah-sekolah ahli.

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat juga Blog mengenai PKG Tahan ini dibangunkan. Blog ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan pengurusan, pentadbiran, maklumat sekolah-sekolah ahli, laporan dan perancangan aktiviti PKG Tahan.
Melalui Blog ini juga, diharapkan dapat sedikit sebanyak meningkatkan pengetahuan guru-guru di Daerah Jerantut khususnya sekolah ahli PKG Tahan mengenai segala maklumat berkaitan dengan objektif, fungsi, piagam dan peranan sebenar kewujudan PKG Tahan.
Sebagai sebuah organisasi guru, oleh guru untuk guru, jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk sama-sama membantu mengembeling tenaga mengurus dan menjana aktiviti bagi keperluan sekolah ahli PKG Tahan.
Oleh itu, saya yakin dan percaya bahawa blog ini mampu memberi maklumat sebenar mengenai kepentingan kewujudan PKG kepada guru-guru khususnya guru-guru sekolah ahli PKG Tahan.

“ KE ARAH PENDIDIKAN BERTEKNOLOGI”
;