10 August 2010

Lawatan Mesra BTPN Pahang Ke Pkg Tahan

Tarikh : 09 - 10 Ogos 2010












Masa : 08.00am - 5.00pm




Tempat : Pkg Tahan









Unit Hal Ehwal Pkg Pahang telah mengadakan lawatan mesra ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi di peringkat pkg....













Majlis makan malam bersama pihak sekolah....













Bersantai sambil betukar pendapat....













Sesi Pemantauan persekitaran Pkg.....













Perbincangan berkaitan perkara berbangkit.....













Sesi Bergambar

06 August 2010

Pesta Makan Buah-Buahan...

Tarikh : 05 Ogos 2010
Masa : 09.45am - 10.45am
Tempat : Dewan Gemilang, Sk Kuala Tahan

Musim buah datang kembali!!!
Pihak sekolah sk kuala tahan telah mengadakan pesta makan buah bagi mengeratkan lagi hubungan diantara guru dan pelajar....
staf pkg tahan juga turut dijemput untuk sama-sama memeriahkan pesta yang diadakan....



29 June 2010

Bengkel Membina Blog Sekolah Ahli Pkg Tahan

Tarikh : 28 Jun 2010
Masa : 09.00am - 4.30pm
Tempat : Makmal Komputer Sk Kuala Tahan

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru bagaimana untuk membina blog sekolah mereka. Blog ini dibina supaya guru-guru dapat memberi maklumat terkini tentang aktiviti sekolah mereka.
Seramai 10 orang perserta telah menghadiri bengkel ini. peserta telah didedahkan tentang etika penulisan blog, pengenalan kepada blog & cara-cara membina blog.

Sesi Bergambar

PENGUMPULAN DATA SPPICTS SIRI 2/2010


Pengumpulan Data Bil 2/2010 bermula 20 Jun hingga 9 Julai 2010 telah bermula

Pihak sekolah haruslah melengkapkan data penggunaan ICT sekolah dalam SPPICTS sepenuhnya agar dapat dikemukakan kepada pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan masa yang telah ditetapkan.

Untuk mengelakkan kesesakan, dipohon semua sekolah tidak melengahkan masa untuk mengisi data SPPICTS sehingga tarikh akhir. (melalui URL: http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my ).

27 January 2010

MALAM IKATAN KASIH PKG TAHAN

Malam ikatan kasih ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara staf & ahli keluarga.

Majlis bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di restoran rakit kuala tahan...


Hidangan yang amat menyelerakan.....

Baca doa sebelum makan...

Menyatakan sesuatu tentang ikan sungai

En.Faizul sedang mencuba masakan ikan sungai

Licin.......

Majlis berakhir pada jam 10.30 malam.... Diharap majlis seperti ini dapat diadakan pada masa akan datang.

21 January 2010

KAMPUS ASTRO AKHIRNYA SAMPAI KE PKG TAHAN

Setelah beberapa minggu menunggu..akhirnya pihak astro telah menghantar wakil untuk membuat pemasangan Kampus Astro di Pkg Tahan... Pemasangan telah sempurna dibuat pada 21.10.2010.

Diharap dengan adanya kampus astro ini akan dapat membantu guru-guru dalam pengajaran & pembelajaran seharian...

Wakil Astro Membuat Pemasangan

En.Azman Membuat Pemeriksaan Akhir

Pn.Maimun Meneliti & Menyemak Borang Penerimaan

Piring Astro Baru...

Kampus Astro Yang Telah Siap Dipasang

Tv LCD 32" LG

06 January 2010

MAJLIS PERPISAHAN GURU BESAR SK KUALA TAHAN

Kelab Guru & Staf Sk Kuala Tahan telah mengadakan majlis keraian perpisahan dan penghargaan pada hari ini untuk meraikan mantan guru besar iaitu En. Kamarudin Bin Arifin yang akan bertukar ke PPD cameron Highland.

Tarikh : 06 Januari 2010

Masa : 1.30pm

Tempat : Rainforest Resort, Taman Negara

Majlis dimulakan dengan jamuan makan dan bacaan doa telah diketuai olah ustaz Nasaruddin Bin Ismail. Setelah selesai jamuan makan, pengerusi majlis menjemput pengerusi Kelab Guru & Staf Sk Kuala Tahan untuk memberikan ucapan.

Majlis diteruskan dengan ucapan En. Kamarudin Bin Arifin. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kerana mengadakan jamuan serta melahirkan rasa terima kasih kepada semua guru dan staf kerana telah memberikan kerjasam yang sungguh baik sepanjang dia menjadi Guru besar di Sk kuala Tahan.

Seterusnya, En. Zulzaman mewakili Kelab Guru & Staf serta En. Azman mewakili PKG Tahan menyampaikan cenderahati kepada En.Kamarudin sebagai tanda ingatan dan tanda terima kasih di atas sumbangan beliau kepada Sk Kuala Tahan.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Guru-Guru dan staf Sk Kuala Tahan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitulah rentetan kehidupan yang akan kita lalui. Namun begitu perjuangan hidup harus diteruskan. Walau jauh dari pandangan mata, akan tetapi jasa dan bakti yang telah dicurah akan terus dikenang.





05 January 2010

SEKITAR SESI PERSEKOLAHAN 2010

selamat pagi cikgu!!! Begitulah laungan anak murid dari sekolah ini yang mula menjejakkan kaki bersekolah di Sk Kuala Tahan untuk Sesi 2010 ini. Pelbagai ragam dan senario mewarnai hari pertama memeriahkan suasana dan persekitaran sekolah. Tidak kurang juga yang ada yang menangis kerana masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan alam persekolah.

Tinjauan kami di Sk Kuala Tahan mendapati kemasukan ke darjah satu dan prasekolah berjalan lancar kerana sekolah telah membuat persiapan awal. Seramai 324 orang murid telah mendaftar pada sesi persekolah tahun 2010 ini.

Apa pun selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid di malaysia khasnya sekolah di bawah Pkg Tahan. Semoga dengan langkah pertama di tahun 2010 ini adalah langkah yang akan membawa kejayaan kepada murid-murid sekelian. Belajar dan teruslah belajar! lihat seterusnya untuk melihat gelagat sesi pertama persekolah 2010.

Sesi Orientasi Murid Prasekolah

Cikgu Yati Memujuk Murid Yang Menangis

Ibu Suriati Berusaha Menenangkan Seorang Murid


Menghadiri Perhimpunan Pagi

Pengawas Sekolah Mengawasi Barisan

Guru-guru Sk Kuala Tahan

;